Pengenalan
Sejarah
Pengasas
Nama Sekolah
Tokoh Sekolah
|
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jenis Kebangsaan Sin Min merupakan sebuah sekolah Cina yang
tunggal(sekolah menengah) dan terkenal dengan prestasi akademik pelajarnya yang cemerlang
di kawasan Sungai Petani,Kedah Darul Aman.
Lokasinya amat
strategik kerana ia terletak berdekatan dengan pusat bandar iaitu Sungai Petani tetapi
jauh dari kawasan perindustrian kilang yang sekian hari mengalami masalah pencemaran udara
dan bunyi.Jadi, dengan persekitarannya yang dihiasi dengan beraneka jenis pokok
bunga,udara yang nyaman dan sunyi, ia membekalkan suasana tenang kepada para pelajar untuk
menimba ilmu.
Sebelum Sin
Min ditubuhkan,penduduk Cina tempatan atau sekitar Daerah Kuala Muda Yan menghadapi
masalah serius iaitu tidak ada sekolah menengah untuk membolehkan anak-anak mereka selepas
tamat darjah enam, melanjutkan pelajaran. Bagi mengatasi masalah ini, Lembaga Pengelola
Sekolah Rendah Sin Min mengadakan mesyuarat dan berbincang untuk mendirikan sebuah sekolah
menengah pada 3 Jun 1951. Sebuah Jawatankuasa Pembinaan Bangunan ditubuhkan dan
pengerusinya ialah Encik Lim Lean Teng yang telah menderma sebanyak RM20,000. Encik Tan
Peng Hooi pula menderma sebidang tanah seluas enam relung lebih untuk dijadikan tapak
pembinaan. Hasil daripada derma orang ramai termasuklah dari Sungai Petani dan Pulau
Pinang, kutipan meningkat ke RM160,000. Akhirnya bangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min siap
dibina pada tahun 1957.
Pada mulanya,
sekolah ini hanya memiliki 20 buah bilik darjah. 2 buah bilik darjah telah diubahsuai
menjadi bilik dan pejabat pentadbiran. Selain daripada 4 blok bilik darjah yang asal,
terdapat juga sebuah kantin dan sebuah pejabat guru. Pada tahun 1960, sebuah makmal sains
perpustakaan talah didirikan untuk kemudahan para pelajar. Bangunan ini terletak
bersebelahan dengan kantin. Perpustakaan yang asalnya terletak atas makmal telah dijadikan
bilik makmal sains pada tahun 1981 manakala perpustakaan telah dipindahkan ke tingkat 1 di
atas pejabat guru. Nama asal Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min diberikan oleh seorang ahli
pendidikan yang cinta san mementingkan pelajaran kaum Cina. Beliau ialah Encik Dong (guru
besar Sin Min yang pertama). Nama 'Sin' bererti 'baru', 'Min'bererti 'rakyat' dan Sin Min
bererti 'rakyat yang berazam baru'. Nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min diguna sebaik sahaja
bangunan asalnya siap dibina.
Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min merima kemasukan palajar-pelajar khasnya dari Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina Sin Min B. 98 peratus merupakan pelajar berketurunan Cina. Pada tahun ini,
ju,lah pelajar Sin Min seramai 2063 orang telah mendaftar dalam dua sesi persekolahan.
Pada mulanya,
sekolah ini tidak mempunyai kemudahan asas seperti tandas, jadi pelajar terpaksa berkongsi
tandas dengan pelajar-pelajar sekolah rendah. Akibat penambahan murid yang pesat, Lembaga
Pengelola Sekolah telah mengadakan satu perjumpaan pada 29hb Oktober 1984 untuk menubuhkan
sebuah bangunan tiga tingkat.
Selepas
bertungkus-lumus mengutip derma, wang sejumlah RM400,000 berjaya diperolehi dan digunakan
untuk pembinaan blok 3 tingkat. Proses pembinaan bermula pada 21hb April dan siap pada
akhir tahun 1986. Bangunan tersebut telah dirasmikan pada 9hb November 1986 dan mula
digunakan pada 5hb Januari 1987. Kemudahan yang terdapat pada bangunan itu ialah sebuah
makmal sains, sebuah makmal fizik, tiga buah tandas dan sebuah bilik komputer yang berhawa
dingin dan dilengkapi dengan 22 buah komputer jenis IBM dan dua buah mesin cetak. Bagi
mengatasi masalah kegiatan yang giat bertambah, satu blok yang mengandungi 6 buah kelas
sementara siap dibina dengan wang sebanyak RM100,000 pada tahun 1991. Sebuah 3 tingkat
siap didirikan awal April lalu dirasmikan pada 27 Mei 1993. Blok ini mempunyai 17 buah
bilik darjah yang menelan belanja sebanyak RM300,000.
Kemudahan-kemudahan
banyak disediakan kepada pelajar Sin Min seperti bilik sukan gim mini, bilik kemahiran
hidup kerja kayu, logam, besi, dan paip, enjin, bilik Skim Pinjaman buku teks, padang,
tempat letak basikal, bilik guru dan sebagainya Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min telah menerima
bantuan kerajaan hasil daripada permohonan yang dibuat pada 3hb Mei 1965 oleh Lembaga
Pengelola Sekolah dan diluluskan pada tahun yang sama. Dengan itu Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Min diterima
sebagai sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1966 Lembaga sekolah membahagikan sekolah
kepada 2 jenis iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min Bantuan Kerajaan yang berlokasi di Jalan
Pegawai juga dan sebuah lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Min Persendirian yang terus menggunakan Bahasa
Cina sebagai bahasa penghantarnya dalam kurikulum. Lokasinya di Jalan Pengkalan, Sungai
Petani sehingga tahun 1992 dan kemudiannya berpindah ke Taman Keladi, Sungai Petani. Di
sana, ia mempunyai pejabat serta bangunan sekolah sendiri.
Dalam proses
memajukan sekolah ini ke arah kecemerlangan dalam semua segi, guru memainkan peranan yang
penting. Mereka merupakan nadi penggerak sekolah ini. Terdapat 88 orang guru di sini.
Mereka terdiri daripada 36 orang guru siswazah dan 52 orang guru bukan siswazah. Semuanya
berganding bahu membimbing seramai 2063 orang pelajar ke arah insan yang cemerlang,
berakhlak mulia,bertanggungjawab, berhemah tinggi,berketrampilan dan berkesanggupan ke
arah membina kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara kita Malaysia.
|