bar.jpg (22148 bytes)


Pengenalan
Sejarah
Pengasas
Nama Sekolah
Tokoh Sekolah

 

Tokoh-tokoh Sekolah

Tuan Pengetua Sekolah

En. Tee Pak Leong
Encik Tee merupakan pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min mulai dari tarikh 1-2-1998. Beliau telah bertugas di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min sejak 1-1-1981.

pengetua.jpg (26686 bytes)
 

Bekas Pengetua Sekolah

En. Lee Keng Hoon, BCK.
Encik Lee merupakan pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min dari tahun 1-1-1980 hingga 22-1-1998. Beliau ialah pengetua yang bertanggungjawab secara langsung menjadikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min sebuah sekolah yang terkenal bukan sahaja di Sungai Petani malahan di Negeri Kedah Darul Aman.

Leekh.jpg (4266 bytes)
 

Bapa Sin Min

En. Khaw Cheng Weng AMN, PPN, PJK
En. Khaw adalah seorang dermawan yang murah hati yang telah menyumbangkan banyak tenaga dalam pembangunan SMSM. Untuk mengenang jasa baik beliau, beliau diberi gelaran "Bapa Sin Min". Beliau adalah seorang tokoh Cina yang dihormati dan disanjungi oleh masyarakat orang cina di Sungai Petani.

Khawsc.jpg (3952 bytes)
En. Yap Kew Chin, BKM.


Encik Yap merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min. Di bawah pucuk pimpinan beliau, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min telah mencapai kegemilangan dan kemajuan yang amat membanggakan dalam aspek pembangunan sekolah dan lain-lain lagi.

Yapkc.jpg (4349 bytes)
Dato' Beh Heng Seong, DSDK., PJK,. JP.


Dato' Beh merupakan Pengerusi Seumur Hidup Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min. Beliau merupakan ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri)Gurun dan juga Ahli Mesyuarat Negeri Kedah(EXCO). Beliau telah menyumbangkan jasa dan bakti yang tidak terhingga dalam pembangunan dan perkembangan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min.

Datukbeh.jpg (13105 bytes)
En. Beh Heng Hwa, BKM.


Encik Beh ialah Yang DiPertua PIBG Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min. Beliau dengan AJKnya telah banyak menabur bakti dan menyumbangkan tenaga terhadap kebajikan pelajar dan guru serta mengeratkan silaturahim guru, ibu bapa dan pelajar.

Behhh.jpg (4091 bytes)