Nama Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min diberi oleh seorang ahli pendidikan Cina yang terkenal
pada masa itu yang mementingkan pendidikan kaum Cina dan amat mencintai generasi muda.
Beliau ialah Encik Dong Xiu Ka (1956-1961) iaitu pengetua Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Sin Min yang pertama.
Encik Dong berharap dengan nama 'Sin Min' sekolah
juga para pelajarnya dapat bergerak maju dalam lapangan ilmu agar dapat membentuk generasi
baru. Maksud 'Sin'ialah 'baru'dan 'Min' ialah 'rakyat'. Apabila dilangsungkan kedua-duanya
jadilah 'rakyat yang baru'. Jadi itulah harapan pengetua menjadi 'Rakyat Berazam Baru' Sin
Min lahir kerana sebelum wujud sekolah menengah, kanak-kanak Cina hanya mampu belajar
hingga tamat darjah enam di sekolah rendah sahaja. Jadi hasil usaha dan kerjasama semua
penduduk Cina tempatan dan Cina Pulau Pinang mengumpul wang sendiri,maka dengan bangganya
sebuah sekolah menengah berjaya ditubuhkan bagi menampung keperluan yang serius pada masa
itu. Hasil daripada harapan yang tinggi daripada ibu bapa juga golongan tua, timbullah
nama 'Sin Min' untuk melahirkan generasi baru yang berazam serta bersemangat baru bagi
mengubah diri mereka dan maju bersama arus perkembangan negara yang baru setahun mencapai
kemerdekaannya.